Love is not always about relationship... but somehow i agree that it is about how it relates to our heart...
Bismillahirrahmanirrahim...
Remember Me, and I will remember you. Be greatful to Me, and don't you ever deceived Me. (Al-Baqara;152)
Sunday, June 13, 2010
PERINGATAN ALLAH KEPADA Bani Israel Terlaknat
Monday, March 8, 2010
Kau dan Aku
Assalamualaikum sahabat2...
Tafsiran surah Al-baqarah masih lagi dlm perjalanannya. Memikirkan tentang kita manusia, menjelaskan tentang segala hidupan yang ada di muka bumi ini. Ana sekadar ingin mengajak sahabat2 berfikir pula kali ini. Tentang kita... "Kau dan aku" dalam ayat 34-39 sambungan daripada tafsiran sebelum ini. :)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,
34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat :"Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.
35. Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.
36. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman:"Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan".
37. Kemudian Adam menerima beberapa kalimat daripada Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
38. Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tiadak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati".
39. Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(Al-baqarah; 34-39)
Di sini, ana mahu tekankan pada ayat 36 dan ayat 38. Menjurus pada tajuk "Kau dan Aku"...
Dalam ayat 36; Allah berfirman, setelah nabi Adam dan isteri baginda Hawa diturunkan ke bumi, jelas dinyatakan bahawasanya sebahagian daripada keturunan Adam akan bermusuh antara satu sama lain. Dan, Allah berikan kita tempat untuk berlindung dan tinggal di muka bumi ini sehingga tiba masanya yang ditentukan iaitu kiamat. Sementara dalam ayat 38; Allah menjelaskan bagaimana Dia akan memberikan petunjuk kepada hambanya dan jika kita bersedia mengikut dan sentiasa taat pada petunjuk2 yang Dia berikan, maka syurgalah tempat kita. Jelas, Allah telah memberikan petunjuk yang nyata untuk kita semua iaitu Al-quran dan As-sunnah. Berpegang pada kedua-dua petunjuk yang nyata inilah, kita berada di jalan yang benar dan lurus. InsyaAllah... :)
Allah berfirman, hamba2Nya ini akan bermusuh antara satu sama lain... ya, kau musuh aku dan aku musuh kamu. Seperti apa yang berlaku pada masa kini. Sedang sesama saudara juga bermusuhan. Berada dalam peperangan, tidak kira di bumi mana berpijak... terlupa darah keturunan Adam lah yang mengalir dalam diri... sehingga terlupa masing2 juga hambaNya... lalu meletakkan jurang perbezaan status dan darjat. Sedangkan diri tidaklah berkuasa di bumi ini, jika bukan dengan izinNya.
Orang2 yang menzalimi antara satu sama lain, menzalimi diri sendiri, tidak mahu menerima petunjukNya, lalu Allah janjikan neraka... seperti dalam ayat 39. kerana mereka ini adalah mereka yang tergolong dalam orang2 yang kafir... sepertimana si Iblis mengingkari perintah Allah lalu Allah hukum dengan menjadikan si Iblis sesat buat selamanya. Atas sifat2nya yang riak, takbur dan sombong kepada Penciptanya sendiri. Nyahlah kau Iblis dari syurga, menjadi musuh nabi Adam dan keturunannya. Lalu si Iblis yang berdendam meletakkan peperangan dengan kita, menjanjikan kesesatan pada mereka yang turut sama bersifat riak, takbur dan sombong. Yang pasti akan terlupa siapa BERKUASA... kerana terlalai dan terleka dengan dunia. Astargfirullah...
Namun ada juga antara kita yang berkasih-sayang. Yang masih mengeratkan perpaduan. Yang menerima petunjuk yang Dia berikan, yang mentaati perintahNya... yang menjaga sillaturrahim, persaudaraan. Alhamdulillah... ana bersyukur. Kerana walau ke mana ana pergi, atas belas kasihanNya ana sentiasa ditemukan dengan mereka yang bersifat merendah diri, yang turut sama mencintai Sang Pencipta yang ana cintai. Yang menyayangi ana kerana Allah, dan ana bersyukur. Tidaklah diri ini mahu meminta lebih daripada ini. Kasih sayang inilah kasih sayang yang terindah... persaudaraan sesama islam yang tulus. Yang diredhai... Maha Suci Allah... Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah. Tuhan semesta Alam... yang mendiami arsy... di puncak tertinggi langit.
Kau dan aku... bersyukurlah kita kerana ditemukan dalam limpahan kasih-sayangNya... Alhamdulillah. Sesungguhnya, tiada yang lebih agung selain Dia. Ya Allah, teruslah berkati kami... hambaMu yang ketakutan dalam dunia di akhir zaman yang penuh dengan kesesatan ini... Tidaklah kami layak ke syurgaMu, dan kami benar2 takut untuk ke nerakaMu. Maka Ya Allah... kasihanilah kami, hambaMu ini yang tiada daya melainkan dengan kekuatan yang Kau berikan. Kerana sesungguhnya Ya Allah... daripadaMu lah kami datang, dan kepadaMu lah kami dikembalikan... (AMIN)
p/s: sebak dada bila fikir ketidaksempurnaan diri... sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna sifatNya. Maka tiada salah menjadikan Dia nombor 1 dalam hati. Marilah sahabat2... :')
Thursday, March 4, 2010
Terlupa pada janji... :(
Assalamualaikum sahabat2...
Alhamdulillah ana dipanjangkan usia untuk terus menulis di sini. Pagi ini, ana tiba2 terdetik hati untuk meneruskan bacaan tafsiran. Iya, ana rasa kesibukan ana telah menyebabkan ana terlambat untuk berterusan menghabiskan tafsiran. Masih lagi ana ingin meneruskan tafsiran surah Al-baqarah. Surah ini benar2 penuh dengan pengajaran. Malah, setiap ayatnya menyebabkan dada ana kembang kuncup pabila membaca bagaimana hebatnya kuasa Allah.
Baru2 ini, ana diberikan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah... teramat bersyukur dengan segala apa yang Dia berikan. Namun, apabila hati ini semakin gembira dengan rezeki yang diberikanNya, semakin gusar pula terasa. Bimbang terlupa diri, terlalu berseronok, terlalai dan terleka. Cukup takut jika berlaku perkara demikian... dan ada juga berlaku baru2 ini. Jadi ana bersedih dengan kelalaian ana sendiri.
Jadi, diingatkan pada sahabat2... marilah kita sama2 berterusan muasabah diri. Jangan terleka, terlupa diri. Seperti ana... astarghfirullah... hanya itu yang mampu ana ucapkan, dan ana harap ana tidak lagi terleka dengan kesibukan dunia baru. Iya... itulah dia manusia, an-nas... di mana sifatnya pelupa. Mudah melupakan. Perlu sentiasa diingatkan. Kerana itulah kita menjadi khalifah, dan kita mempunyai antara satu sama lain. Iaitu untuk saling mengingatkan...
Bercakap pasal khalifah. Iya... khalifah itu kita. Allah ciptakan kita untuk sesuatu. Dan apakah sesuatu itu? Mungkin jawapannya ada di tafsiran surah ini, surah Al-Baqarah ayat 30-33...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,
30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".Mereka berkata:"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
31.Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama2 (benda2) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!"
32.Mereka menjawab:"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
33.Allah berfirman:"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman:"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
(Al-Baqarah;30-33)
Dalam tafsiran ayat ke 30 itu, jelas... kita manusia jika diletakkan di muka bumi ini hanya akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Namun, Allah itu Maha Mengetahui dan hanya Dia yang mengetahui mengapa kita berada di sini... sementara menunggu hari kiamat.
Jadi, ana berterusan berfikir. Maksud keempat-empat ayat ini ana cuba fahami lalu tiba2 ana mendapat ilham. Alhamdulillah... ana akhirnya faham. Allah berfirman di situ, Dia Mengetahui apa yang kita tidak ketahui, dan Dia ajarkan kepada kita apa yang dia mahu ajarkan. Jadi, di sini... malaikat berkata an-nas;manusia hanya akan melakukan kerosakan di muka bumi dan pertumpahan darah. Tetapi Allah pula menciptakan kita sebagai khalifah. Pastilah apa yang Allah ketahui itu hanya diketahui olehNya. Jadi, apa yg ana pasti... kita wujud di bumi ini untuk menyahut seruanNya. Menimba ilmuNya, dan yang penting sekali, menyembahNya.
Sungguhpun kita khalifah di muka bumi, kita sebenarnya hambaNya. Jadi, pastilah kita diletakkan di bumi ini, untuk menjadi hambaNya. Allah tidak ciptakan kita untuk melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Lalu Allah ajarkan kita perkara2 baik, amalan2 baik. Allah tidak mengajar kita bagaimana untuk mendapat dosa. Sebaliknya segala apa yang Allah ajarkan semuanya cara untuk mendapat pahala, dan peringatan agar menjauhi dosa. Maha Suci Allah..
MAKA, JIKA KITA BENAR2 KHALIFAH... pastilah kita menggunakan kurniaan Allah pada kita iaitu akal. Allah berikan akal kepada kita, lalu Allah ajarkan kita sesuatu perkara, maka itu adalah petanda Kebesaran Allah bagi orang2 yang berfikir. JIKA BENAR KITA KHALIFAH ALLAH... JANGANLAH KITA TERLUPA PADA JANJI... :'(
p/s:peringatan untuk diri sendiri juga.
Saturday, February 13, 2010
Kenapa kita perlu katakan tidak pada Valentine?
Assalamualaikum...
Sudah lama ana tidak menulis di sini. Bukanlah ana tidak aktif tetapi ana aktif di facebook. Jika rajin, sudi2kanlah menjenguk facebook ana di bahagian NOTES. Di sana, agak banyak juga entry keagamaan yg ana tulis. Hanya gayanya kurang formal. Jika sudi, jenguk2lah dan tinggalkan pendapat kalian... :)
Di sini ana terdetik untuk membicarakan tentang valentine. Persepsi ana tentang valentine yang diuar-uarkan sebagai hari kekasih. Sejujurnya, ana tidak berminat untuk mempunyai kekasih jadi hari kekasih pada ana tidak ada maknanya. Namun ana pasti bagi mereka yang memiliki kekasih hati yang dicintai, disayangi dan dikasihi... setiap kali hari kekasih, mungkin kalian merasakan hari ini merupakan hari yg cukup romantis untuk meluangkan masa bersama2 insan tercinta. Barangkali, ada juga yg menyambut ulangtahun 'couple' yang ke berapa entah... pasti ada pasangan yang begitu. Tidak perlu malu2 untuk mengaku...
Ana seorang yang berfikiran terbuka. Ya, ana terima globalisasi, liberalism. Valentine merupakan satu perayaan di seluruh dunia. Sama seperti Chinese New Year, Christmas, Deepavali, Aidilfitri, Aidiladha, etc2. Bagi org2 liberal, terima semuanya dengan rela tanpa banyak bicara. Terima saja semua perayaan ni, orang lain sambut... kita pun sambutlah. Untuk seronok2... ya... untuk seronok2... orang lain buat camtu, kita pun buatlah... ala seronok apa cuba apa yg orang lain cuba... kita dapat SERONOK... see? faham apa yg ana maksudkan?
Tapi, ana tidak mengamalkan globalisasi dan liberalism. Ana sekadar menerima, tetapi ana berfikiran terbuka untuk menyampaikan pendapat ana sendiri tentang globalisasi dan liberalism, dan ana tidak memaksa sesiapa untuk menerima pendapat ana. Semuanya terpulang pada diri kalian masing2... Ana tidak suka menjatuhkan hukum kerana ana lebih suka memahami sesuatu masalah terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. Ana mengkaji, dan ana tuliskan apa yg ana faham. Jika apa yg ana faham itu sampai pada kalian, terpulang juga pada kalian untuk menerima atau menolak. Berbeza dgn liberalism di mana semuanya diterima tanpa byk bicara... tiada pendirian.
Bagi sahabat2 yang mempunyai kekasih dan rasa rugi jika tidak mengambil peluang ini untuk menyambutnya bersama pasangan masing2.. ana tiada hak untuk menghalang. Iyalah, si dia mahu bertemu. Kekasih yang dirindu... Tetapi, satu saja soalan ana. Sudah bersediakan iman di dada untuk menepis godaan dan bisikan si syaitan dan si iblis tatkala meluangkan masa bersama2 kekasih tercinta pada hari Valentine di mana orang2 sekeliling kalian juga sedang mabuk cinta, mabuk asmara? Dari mata turun ke hati, itulah panahan syaitan yang tidak disedari oleh kita melainkan mereka yang takutkan Allah...
Tatkala dada bergolak, berdebar2 berjalan berpimpin tangan... mesranya terasa. Berpelukan... hangatnya asmara. Indahnya tawa si dia, comelnya cara dia makan, cantiknya baju yang dia pakai, merahnya bibir mekar bak delima, subhanallah... indahnya ciptaan Tuhan, etc2... itu semua bisikan syaitan. Bila semakin dekat dengan kekasih hati, terasa senang... syaitan pun kata... lagi, dekat lagi! Bila dah dekat, mulalah bersentuhan dan syaitan kata, lagi sentuh lagi! Kemudian tangan menjalar2... syaitan kata pulak, lagi, peluk lagi! lagi! lagi! lagi! Sedar tak sedar... besarnya dosa yang dikumpul dalam masa satu malam... Jadi, tanyakan pada diri. Takutkah diri ini pada Allah? Jika benar takut... pasti diri ini akan memelihara segala2nya daripada perlakuan yang sebegitu. Dan sahabat2... pergilah sambut hari kekasih jika sayangkan kekasih. Jika sayangkan Allah, nasihatlah kekasih untuk tidak menyambut hari kekasih... mudah bukan?
Ada juga sebahagian daripada sahabat2 ana, yang menentang keras mengenai sambutan hari kekasih. Kata mereka, hari Valentine merupakan hari kejatuhan empayar islam dalam perang salib. Ya, kebenarannya itulah... dan pada hari Valentine inilah, kristian berjaya memijak umat islam dan menjadikan umat islam tunduk dan kalah. Kesannya dapat dilihat sehingga hari ini... di mana umat islam kebanyakannya sudah terlupa bahawasanya, hari Valentine merupakan detik tumpasnya kita ditangan kristian dan mereka memutar belitkan hari Valentine menjadi hari kekasih... lalu berjuta2 pasangan kekasih yg beragama islam menyambut hari ini seolah2 meraikan kekalahan umat islam sendiri, dengan meluangkan masa bersama2 untuk melakukan maksiat. Iaitu perkara yang dibenci Allah...
Jadi persoalannya, mengapa perlu dipersoalkan lagi sama ada boleh atau tidak boleh menyambut hari Valentine untuk umat islam? Kerana jawapannya ialah tidak. Umat islam jika benar kamu islam, kamu beriman... maka janganlah kamu jadikan orang kafir sebagai pemimpin. Apa yg ana maksudkan dengan orang kafir sebagai pemimpin? Maksudnya apa saja yg orang kafir lakukan janganlah diikut... Orang2 kafir itu dijadikan terasa indah segala kesesatan mereka di dunia... jadi apa yang indah untuk orang kafir adalah satu perkara yang menyeksakan untuk orang islam yang beriman, yang takutkan Allah. Jadi hari Valentine itu merupakan hari sambutan yg diasaskan oleh orang2 kafir... jadi, fikirlah sendiri apa yang patut dilakukan.
Wahai sahabat... kita sedar di mana kita berpijak. Kita dapat melihat bagaimana mentaliti kita diubahsuai agar ia bersesuaian dengan dunia global. Dunia global yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Propaganda dunia tanpa sempadan menjadikan umat islam takut untuk berfikiran sempit walaupun sedikit. Hello... tidak salah berfikiran terbuka tetapi kita semua perlukan sempadan. Allah menciptakan sempadan antara bumi dan langit, maka itulah kekuasaan Allah yg dapat dilihat oleh orang2 yang berakal.
Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita manusia. Rahsia langit hanya Allah yang tahu... di setiap lapisan langit hanya Allah yang tahu. Allah lebih tahu tahap kebolehan akal manusia kerana itu manusia tidak boleh mempersoalkan apa yang Allah tidak ajarkan. Jika Allah ciptakan sempadan untuk manusia, mengapa manusia mahukan sebuah dunia yang tanpa sempadan? Jangan diubah apa yang Allah ajarkan... kerana itu hanya akan menjadikan kita berada dalam golongan orang-orang yang melampaui batasan..
Maka, kenapa kita perlu katakan tidak pada Valentine? kerana... apakah kebaikan yang Valentine bawa pada kita selain daripada dosa? tidak takutkah kita pada Allah? fikir2kanlah... :)
Sunday, January 17, 2010
Antara dua
Ini adalah hasil tulisan ana yang ke3. Kali ini, ana tidak dapat menyertakan dengan tafsiran surah kerana pada waktu ini, ana sedang berada di sebuah tempat yg kurang kondusif utk membaca tafsiran. Tetapi, ilham tiba2 mencurah ke dalam kepala. Jadi ana balun saja menulis. Apa yg terdetik di dalam hati ini.
Ana terkenang siapa ana sebelum ini dan siapa ana sekarang. Seriously, bagi ana, ana lagi sukakan siapa ana yang sekarang biarpun ana dapati semakin kurang orang yang mahu mendekati ana lantaran perubahan yang berlaku pada ana. Tetapi, inilah yang kita katakan ujian dalam perjuangan. Semasa kita mahu berubah, pasti banyak dugaan yang melanda yang seringkali membuatkan kita teragak-agak untuk berubah. Walhal, apa yang penting adalah kekuatan diri sendiri untuk mengubah nasib diri. Bukankah itu yang paling penting?
Ana yang dahulu mempamerkan keseronokan, membuatkan orang mendekati ana kerana mereka merasakan ana tidak membosankan. Iyalah, siapa mahu berkawan dengan orang yang membosankan? Tetapi, setelah beberapa perkara berlaku dalam hidup ana baru2 ini, entah bagaimana terdetik dalam hati ini untuk berubah. Perubahan ana tidaklah mendadak. Sedikit demi sedikit. Dan... sedikit demi sedikit... semakin kurang orang yang mahu mendekati ana. Sekarang, barulah kita dapat pastikan siapa yang berkawan kerana hati dan siapa yang berkawan kerana penampilan.
Antara dua dunia. Dunia yang menyeronokkan, dan dunia yang ana hidup di dalamnya sekarang. Iaitu, dunia yang kurang berseronok tetapi menjadikan ana insan yang melihat sekelilingnya dari pelbagai sudut. Sudut dunia sementara, sudut dunia penimbangan, dan sudut dunia abadi. Iaitu syurga dan neraka. Setiap tindakan yang diambil menjadikan ana berfikir terlebih dahulu daripada ketiga2 sudut tersebut. Dan, keputusan yang ana ambil akhirnya diasaskan kerana dunia abadi. Kerana Allah. Jadi... dunia bagaimanakah yang ana lalui sekarang? Lebih baik ataupun kurang baik?
Itulah yang ana gusarkan. Sahabat2 ana... bila ana persoalkan perkara begini, pantas saja berkata tidak kisah. Liberalism, sudah mempengaruhi mereka. Mereka betul2 tidak faham bahawasanya dunia ini hanya sementara. Mereka betul2 tidak takut akan azab Allah... membuatkan ana terasa sedih dan terkilan. Tapi, ana cuba sabar. Inilah dia ujian yang dilalui untuk berjihad ke jalan Allah. Ana cuba yang terdaya. Buat masa ini, ana hanya mampu menegur. Tidak berkuasa untuk mengambil apa2 tindakan. Barangkali iman di dada masih belum kuat. Tetapi, itulah... petunjuk itu milik Allah. Jika Allah sudah sesatkan mereka, tiadalah terbuka pintu hati mereka untuk menerima petunjuk biarpun ana pertaruhkan nyawa ana untuk membuatkan mereka sedar siapa yang paling berkuasa di dunia ini.
Ana terfikir. Dunia ini terlalu dilimpahi dengan keseronokan, kegembiraan, hiburan. Semua orang mahukan itu. Kegembiraan, kebahagiaan. Itu adalah target yang bagus. Tetapi... berhibur... berhibur... dan berhibur... itu bukanlah kebahagiaan pada dunia abadi kelak. Bila berhibur, lupa Allah. Lupa tanggungjawab, lupa amanat, lupa dosa, pahala. Di dunia penimbangan kelak beratnya ke dosa akhirnya di dunia abadi terus ke neraka. Menakutkan bukan?
Ana sudah puas berhibur... pada akhirnya ana rasa terkubur. Ana berhibur, mencari keseronokan dunia... tetapi, hati masih terasa kosong. Ana berhibur dan berhibur akhirnya ana sedari ana telah terpalit lumpur. Nah... jika kesedaran itu ada, itu adalah tanda2 orang yang diberikan petunjuk. Pantaslah bertaubat, Allah akan terima. Asalkan benar2 menyesal Allah akan terima. Allah itu Maha Pemurah, Maha Menerima Taubat. Jangan ragu2 siapa anda, apa dosa yang telah dilakukan. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika anda benar2 mengerti yang anda telah berdosa, maka... bertaubatlah. Itulah tanda2 yang anda masih hamba-Nya.
Dengan memikirkan kebesaran Allah saja sudah cukup membuatkan ana terasa malu untuk berpijak dibumi-Nya. Dosa2 ana... masyaAllah... ana rasa tidak terkira banyaknya. Tetapi, ana mencuba... mencuba untuk memohon taubat, memohon ampun. Kerana ana yakin Dia itu Maha Pengampun. Apa keputusanNya, itu adalah di dunia penimbangan kelak. Tetapi, ana mahu sekali mengajak sahabat2 untuk bertaubat bersama2 ana. Mungkin esok atau lusa kita tiba2 diserang penyakit strok, sudah lumpuh satu badan. Tidak boleh bersolat lagi. Ataupun tiba2 kita dibisukan oleh Allah. Sudah tidak boleh mengaji lagi. Tiba2 kita kemalangan, hilang penglihatan, pendengaran, sudah tidak dapat melihat ayat2 Al-Quran, mendengar kalimah suci Al-Quran dan selawat ke atas nabi. Ataupun tiba2 Allah ambil nyawa di badan... tak sempat bertaubat, tak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Mati dalam kekufuran. Mendapat sorak-sorai syaitan. Mahukah?
Ini semua terpulang pada diri sendiri... liberalism telah memakan pemikiran rasionaliti islam dan membuatkan umat islam berpaling daripada Tuhan-Nya sendiri... matlamat menghalalkan cara, sedangkan dalam Al-Quran telah ditetapkan bagaimana cara2 untuk matlamat2 yang ada. Mungkin ada yang memikirkan ana riak, ana takbur... tetapi sejujurnya ana tidak kisah dengan mana2 pendapat. Apa yang ana tahu, ini hasrat hati ana yang jujur yang ikhlas. Yang menilai bukanlah manusia... yang menilai hanya Allah yang satu. Yang mengetahui isi hati ana lebih daripada sesiapa saja di dunia ini. Jika ana menipu... itu hanyalah antara ana dengan Dia.
Setiap hari yang ana lalui, ana sering takut. Takut membuat dosa. Tiada manusia yang dapat lari daripada dosa. Begitu juga ana. Setiap manusia melakukan dosa, dan kesalahan. Itulah tandanya kesempurnaan Allah. Yang sempurna hanya Allah. Dan, atas sifat-sifat-Nya yang baik dan sempurna itulah, Allah yang Maha Pengampun menerima taubat sesiapa saja yang ikhlas meminta daripada-Nya... Jadi, mengapa masih ragu2? Tidak rugi apa bersujud menyembah-Nya dan meminta taubat. Tidak rugi apa2... malah, lebih banyak berkat yang akan didapati. Percayalah... Allah itu ada. Allah itu satu. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Percayalah... sekali kita dapat merasakan kasih-sayang Allah, selamanya kita akan berada dalam lindungan-Nya. Melainkan kita menzalimi diri sendiri, mengingkari Allah, menderhakai Allah, memalingkan diri daripada Allah... dan dari detik itulah, kita sendiri yang mencari bala. Sesungguhnya, Allah tidak pernah menzalimi sesiapa di dunia ini. Allah telah menyediakan semuanya untuk kita. Tetapi mereka yang tidak tahu bersyukur, tidak tahu berterima kasih, dan mahu bersekongkol dengan agenda syaitan dan iblis... mereka itulah golongan orang2 yang zalim. Dan Allah paling membenci orang2 yang seperti ini. Tepuk dada tanyakan iman. Jangan tanyakan syaitan yang berumah-tangga di hati manusia. Tanya iman. Iman itu jalan ke arah Tuhan yang satu. Allah s.w.t... jangan sahut seruan ana... sahut seruan Allah. BERTAUBATLAH!
Friday, January 8, 2010
Selamanya...
Malam ini, ana teruskan lagi bacaan tafsiran surah Al-Baqarah. Setelah ana tuliskan tafsiran ayat 1-5, ana teruskan lagi bacaan ana. Hati ana terasa sayu tiba2. Bukan kerana apa, tetapi kerana Allah itu Maha Pencinta tetapi kita manusia sering melupakan-Nya. Ana terfikir... sebagai umat akhir zaman, kitalah yang paling terseksa melalui kehidupan seharian di dunia. Godaan di mana2... kesibukan, menyebabkan kita lalai. Iman kita menjadi taruhan setiap hari. Alangkah seksanya kehidupan akhir zaman. Izinkan ana menyampaikan tafsiran surah Al-Baqarah ayat 6 hingga 16. Hayatilah ia, kerana sesungguhnya... ayat2 Allah itu tiada lain melainkan kebenaran...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,
6. Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman.
7. Allah telah mengunci hati mereka, penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat.
8. Dan di antara manusia ada yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan hari akhir," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
9. Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.
10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah berbuat kerosakan di bumi!" Mereka menjawab, "Sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan pembaikan."
12. Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari.
13. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman!" Mereka menjawab, "Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?" Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu.
14. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, "Kami telah beriman." Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok."
15. Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan.
16. Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka, perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk.
Nah... tidakkan terdetik perasaan takut di hati kita? Masyaallah... golongan2 yg Allah sebutkan itu tak lain tak bukan merupakan golongan yang kufur dan munafik. Kufur itu kafir... munafik itu penipu. Tidak beriman tetapi memberitahu bahawasanya dia beriman. Mungkinkah kita juga tergolong dalam golongan seperti itu? Cuba kita renungkan... adakah kita seperti yang Allah sebutkan? Jika ada terdetik jawapan di hati... jangan diberitahu pada ana, tetapi beritahulah pada Allah. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui.
Kitalah umat akhir zaman. Kitalah umat yang paling terseksa sebenarnya. Kerana itulah Rasulullah menangis untuk kita... dan terus menyebut "Ummati..." sebelum baginda wafat. Baginda mengetahui apa yang akan kita alami. Dugaan yang maha berat, dugaan yang terlalu hebat. Yang menguji keimanan kita. Dan hanya segelintir sahaja di antara kita yang akan mati dalam keadaan beriman. Allah mengingatkan kita untuk berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah... maka, berpeganglah kukuh pada kekuatan ini. InsyaAllah... kita berada di dalam lindungan Allah.
Takutlah kita pada hari kiamat. Kerana itulah hari pembalasan yang dijanjikan oleh Allah. Dan, sekiranya kita tidak percaya pada hari kiamat, kita tidak percaya pada pertemuan dengan Allah, tergolonglah kita dalam golongan orang2 yang kafir. Yang Allah tutup pintu hati untuk mendapat petunjuknya. Nauzubillah...
Ana juga sering berdoa. Moga2, kita terselamat daripada dicela. Moga2, Allah berterusan memberikan petunjuk pada kita. Sebelum kiamat tiba, bersedialah kita mengumpul sebanyak mungkin amalan. Moga2, matinya kita dalam iman. InsyaAllah...
Thursday, January 7, 2010
Permulaan kita :)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,
1.Alif, Lam, Mim
2.Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa
3.(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4.dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab2) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat.
5.Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Dalam surah kedua selepas Al-Fatihah ini, pada permulaannya juga Allah telah menjelaskan kepada kita semua mengenai kebenaran Al-Quran. Sesungguhnya Allah sendiri menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk-Nya yang paling nyata dan yang benar kerana tiada keraguan lansung pada Al-Quran yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Tetapi apa yang menyentuh hati ana adalah bagaimana kita perlakukan Al-Quran pada zaman kini. Kita sekadar membaca, menghafaz, mengaji, tetapi sayangnya kita tidak memahami.
Dalam ayat-Nya yang ke3, Allah menyatakan dengan jelas orang yang bagaimana akan Dia berikan petunjuk. Bukanlah sukar untuk mendapat petunjuk Allah. Seperti yang dinyatakan, berimanlah pada yang ghaib, iaitu Allah dan segala ilmu Allah yang tidak kita ketahui rahsianya. Kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Memahami. Kita hanya perlu percaya, segala yang baik datangnya daripada Allah. Yang buruk itu datangnya kerana kita menjadi orang-orang yang zalim sehingga mengundang kemurkaan Allah. Usah mempersoalkan apa yang Allah tidak beritahu. Itu perkara sami'at. Allah itu Maha Berkuasa. Maha Besar, Maha Perkasa. Percayalah dan yakinlah Allah itu terjadi dengan sendiri, tiada sesiapa yang lebih tahu mengenai rahsia langit dan bumi melainkan Allah s.w.t...
Laksanakanlah solat... sesungguhnya, orang-orang yang melaksanakan solat itu adalah orang-orang yang menyedari kekuasaan Allah. Orang2 yg bersyukur kepada Allah. Kerana Allah itu Maha Pemurah. Kerana Allah itu Maha Pengasihani. Allah berikan kita macam2... tetapi Allah hanya meminta agar kita menyembah-Nya 5 kali sehari, semalam. Tidakkah kita ini orang2 yang angkuh, bongkak dan sombong? Kita masih bernyawa, bernafas, bertenaga. Milik siapakah itu semua? sudah tentunya milik Allah. Kita masih berjalan, berfikir, melihat dan bercakap. Kita diberikan makanan yg banyak sehari. Milik siapakah itu semua? Daripada siapakah itu semua? Tentunya daripada Allah... maka, mengapa kita begitu sukar untuk menemui Tuhan yg Satu, menyembah-Nya sebagai tanda kita mencintai-Nya? Malulah... kepada-Nya kerana menggunakan setiap apa yang Dia berikan, tetapi kita lansung tak berterima kasih atas setiap kurniaan yang Dia berikan... apabila kita tidak menunaikan solat.
Allah juga berpesan untuk menginfakkan rezeki yang Dia berikan. Ya... apalah salahnya berkongsi, menderma apa yang ada. Jangan kedekut...Sesungguhnya apa sahaja yang kita miliki adalah milik Allah. Mengapa kita perlu kedekut atas perkara2 yang pada asasnya milik Allah? Harta-benda yang asalnya dari bumi, diproses menjadi barang perhiasan, duit, makanan dan sebagainya. Semuanya datangnya dari bumi, langit dan lautan. Semuanya milik Allah. Jika mampu, berikanlah sebahagian kepada mereka yang memerlukan. Tetapi niatkanlah kerana Allah. Itulah yg terbaik. Jangan bongkak, jangan riak. Itu kufur... masyaallah...
Bacalah Al-Quran, fahami erti ayat-ayat-Nya, insyaAllah tidak akan lari dari jalan yang lurus. Bukanlah sukar untuk beriman kepada Al-Quran. Dengan memahami ayat-ayat yang diturunkan itu, insyaAllah... iman akan semakin kuat. Cinta pada-Nya semakin hebat. Nah, bukankah indah ayat-ayat Allah? Tidakkah terdetik di hati kita untuk terus mengerti ayat Al-Quran? Mendalaminya? Dengan mendalami ayat-ayat Allah, kita akan sentiasa dilimpahkan dengan petunjuk-Nya. Tidak mahukah kita tergolong dalam orang2 yang beruntung? Yang Allah lindungi kerana mencintai ayat-ayat-Nya. Mencintai ayat-ayat Allah bererti mencintai Allah. Jangan menidakkan ayat-ayat-Nya... nescaya Allah akan murka. Penjelasan itu juga ada di dalam Al-Quran... insyaAllah ana akan tuliskan dalam penulisan yang seterusnya.
Alhamdulillah, ada juga sahabat2 yang beruntung, diberikan rezeki oleh Allah untuk memahami bahasa arab. Maka bacaannya juga baik, pemahamannya juga baik. Tetapi ana terdetik hati untuk bertanyakan kepada mereka yang tidak memahami bahasa arab. Sampaikah ayat-ayat-Nya di hati jika kita tidak memahami erti ayat-ayat suci tersebut? Dan sejauh manakah kita sanggup berusaha untuk memahami erti, dan menghayati ayat-ayat, Kalamullah itu?
Bukanlah ana mencuba untuk menilai, jauh sekali menjatuhkan hukum. Tetapi persoalan itu jika difikirkan, jawablah sendiri. Tidak perlu diberitahu jawapannya kepada ana. Kerana ana menulis ini hanya untuk menyampaikan pendapat yang tulus ikhlas dari hati... juga sebagai peringatan kepada ana sendiri. Ilmu di dada jikalau sekadar seluas ibu jari, tiadalah layak diri ini untuk mempersoalkan sesiapa. Ana sekadar menyahut seruan untuk menyampaikan ilmu yang baik, kepada sahabat2... agar kita semua saling beringat. Makanya, tepuklah dada, tanya iman... jangan ditanya pada selera. Selera itu nafsu... nafsu itu senjata syaitan...
Moga kita bertemu lagi, doakan kesejahteraan ana. InsyaAllah... :)