Bismillahirrahmanirrahim...

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. ( Al-Baqarah;152)

Remember Me, and I will remember you. Be greatful to Me, and don't you ever deceived Me. (Al-Baqara;152)

Sunday, January 17, 2010

Antara dua

Assalamualaikum...

Ini adalah hasil tulisan ana yang ke3. Kali ini, ana tidak dapat menyertakan dengan tafsiran surah kerana pada waktu ini, ana sedang berada di sebuah tempat yg kurang kondusif utk membaca tafsiran. Tetapi, ilham tiba2 mencurah ke dalam kepala. Jadi ana balun saja menulis. Apa yg terdetik di dalam hati ini.

Ana terkenang siapa ana sebelum ini dan siapa ana sekarang. Seriously, bagi ana, ana lagi sukakan siapa ana yang sekarang biarpun ana dapati semakin kurang orang yang mahu mendekati ana lantaran perubahan yang berlaku pada ana. Tetapi, inilah yang kita katakan ujian dalam perjuangan. Semasa kita mahu berubah, pasti banyak dugaan yang melanda yang seringkali membuatkan kita teragak-agak untuk berubah. Walhal, apa yang penting adalah kekuatan diri sendiri untuk mengubah nasib diri. Bukankah itu yang paling penting?

Ana yang dahulu mempamerkan keseronokan, membuatkan orang mendekati ana kerana mereka merasakan ana tidak membosankan. Iyalah, siapa mahu berkawan dengan orang yang membosankan? Tetapi, setelah beberapa perkara berlaku dalam hidup ana baru2 ini, entah bagaimana terdetik dalam hati ini untuk berubah. Perubahan ana tidaklah mendadak. Sedikit demi sedikit. Dan... sedikit demi sedikit... semakin kurang orang yang mahu mendekati ana. Sekarang, barulah kita dapat pastikan siapa yang berkawan kerana hati dan siapa yang berkawan kerana penampilan.

Antara dua dunia. Dunia yang menyeronokkan, dan dunia yang ana hidup di dalamnya sekarang. Iaitu, dunia yang kurang berseronok tetapi menjadikan ana insan yang melihat sekelilingnya dari pelbagai sudut. Sudut dunia sementara, sudut dunia penimbangan, dan sudut dunia abadi. Iaitu syurga dan neraka. Setiap tindakan yang diambil menjadikan ana berfikir terlebih dahulu daripada ketiga2 sudut tersebut. Dan, keputusan yang ana ambil akhirnya diasaskan kerana dunia abadi. Kerana Allah. Jadi... dunia bagaimanakah yang ana lalui sekarang? Lebih baik ataupun kurang baik?

Itulah yang ana gusarkan. Sahabat2 ana... bila ana persoalkan perkara begini, pantas saja berkata tidak kisah. Liberalism, sudah mempengaruhi mereka. Mereka betul2 tidak faham bahawasanya dunia ini hanya sementara. Mereka betul2 tidak takut akan azab Allah... membuatkan ana terasa sedih dan terkilan. Tapi, ana cuba sabar. Inilah dia ujian yang dilalui untuk berjihad ke jalan Allah. Ana cuba yang terdaya. Buat masa ini, ana hanya mampu menegur. Tidak berkuasa untuk mengambil apa2 tindakan. Barangkali iman di dada masih belum kuat. Tetapi, itulah... petunjuk itu milik Allah. Jika Allah sudah sesatkan mereka, tiadalah terbuka pintu hati mereka untuk menerima petunjuk biarpun ana pertaruhkan nyawa ana untuk membuatkan mereka sedar siapa yang paling berkuasa di dunia ini.

Ana terfikir. Dunia ini terlalu dilimpahi dengan keseronokan, kegembiraan, hiburan. Semua orang mahukan itu. Kegembiraan, kebahagiaan. Itu adalah target yang bagus. Tetapi... berhibur... berhibur... dan berhibur... itu bukanlah kebahagiaan pada dunia abadi kelak. Bila berhibur, lupa Allah. Lupa tanggungjawab, lupa amanat, lupa dosa, pahala. Di dunia penimbangan kelak beratnya ke dosa akhirnya di dunia abadi terus ke neraka. Menakutkan bukan?

Ana sudah puas berhibur... pada akhirnya ana rasa terkubur. Ana berhibur, mencari keseronokan dunia... tetapi, hati masih terasa kosong. Ana berhibur dan berhibur akhirnya ana sedari ana telah terpalit lumpur. Nah... jika kesedaran itu ada, itu adalah tanda2 orang yang diberikan petunjuk. Pantaslah bertaubat, Allah akan terima. Asalkan benar2 menyesal Allah akan terima. Allah itu Maha Pemurah, Maha Menerima Taubat. Jangan ragu2 siapa anda, apa dosa yang telah dilakukan. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika anda benar2 mengerti yang anda telah berdosa, maka... bertaubatlah. Itulah tanda2 yang anda masih hamba-Nya.

Dengan memikirkan kebesaran Allah saja sudah cukup membuatkan ana terasa malu untuk berpijak dibumi-Nya. Dosa2 ana... masyaAllah... ana rasa tidak terkira banyaknya. Tetapi, ana mencuba... mencuba untuk memohon taubat, memohon ampun. Kerana ana yakin Dia itu Maha Pengampun. Apa keputusanNya, itu adalah di dunia penimbangan kelak. Tetapi, ana mahu sekali mengajak sahabat2 untuk bertaubat bersama2 ana. Mungkin esok atau lusa kita tiba2 diserang penyakit strok, sudah lumpuh satu badan. Tidak boleh bersolat lagi. Ataupun tiba2 kita dibisukan oleh Allah. Sudah tidak boleh mengaji lagi. Tiba2 kita kemalangan, hilang penglihatan, pendengaran, sudah tidak dapat melihat ayat2 Al-Quran, mendengar kalimah suci Al-Quran dan selawat ke atas nabi. Ataupun tiba2 Allah ambil nyawa di badan... tak sempat bertaubat, tak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Mati dalam kekufuran. Mendapat sorak-sorai syaitan. Mahukah?

Ini semua terpulang pada diri sendiri... liberalism telah memakan pemikiran rasionaliti islam dan membuatkan umat islam berpaling daripada Tuhan-Nya sendiri... matlamat menghalalkan cara, sedangkan dalam Al-Quran telah ditetapkan bagaimana cara2 untuk matlamat2 yang ada. Mungkin ada yang memikirkan ana riak, ana takbur... tetapi sejujurnya ana tidak kisah dengan mana2 pendapat. Apa yang ana tahu, ini hasrat hati ana yang jujur yang ikhlas. Yang menilai bukanlah manusia... yang menilai hanya Allah yang satu. Yang mengetahui isi hati ana lebih daripada sesiapa saja di dunia ini. Jika ana menipu... itu hanyalah antara ana dengan Dia.

Setiap hari yang ana lalui, ana sering takut. Takut membuat dosa. Tiada manusia yang dapat lari daripada dosa. Begitu juga ana. Setiap manusia melakukan dosa, dan kesalahan. Itulah tandanya kesempurnaan Allah. Yang sempurna hanya Allah. Dan, atas sifat-sifat-Nya yang baik dan sempurna itulah, Allah yang Maha Pengampun menerima taubat sesiapa saja yang ikhlas meminta daripada-Nya... Jadi, mengapa masih ragu2? Tidak rugi apa bersujud menyembah-Nya dan meminta taubat. Tidak rugi apa2... malah, lebih banyak berkat yang akan didapati. Percayalah... Allah itu ada. Allah itu satu. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Percayalah... sekali kita dapat merasakan kasih-sayang Allah, selamanya kita akan berada dalam lindungan-Nya. Melainkan kita menzalimi diri sendiri, mengingkari Allah, menderhakai Allah, memalingkan diri daripada Allah... dan dari detik itulah, kita sendiri yang mencari bala. Sesungguhnya, Allah tidak pernah menzalimi sesiapa di dunia ini. Allah telah menyediakan semuanya untuk kita. Tetapi mereka yang tidak tahu bersyukur, tidak tahu berterima kasih, dan mahu bersekongkol dengan agenda syaitan dan iblis... mereka itulah golongan orang2 yang zalim. Dan Allah paling membenci orang2 yang seperti ini. Tepuk dada tanyakan iman. Jangan tanyakan syaitan yang berumah-tangga di hati manusia. Tanya iman. Iman itu jalan ke arah Tuhan yang satu. Allah s.w.t... jangan sahut seruan ana... sahut seruan Allah. BERTAUBATLAH!