Bismillahirrahmanirrahim...

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. ( Al-Baqarah;152)

Remember Me, and I will remember you. Be greatful to Me, and don't you ever deceived Me. (Al-Baqara;152)

Sunday, June 13, 2010

PERINGATAN ALLAH KEPADA Bani Israel Terlaknat

Assalamualaikum sahabat2... maafkan ana kerana sudah lama tidak menulis apa-apa di sini. Ana banyak menghabiskan ilham di facebook. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kekejaman Zionis menyerang saudara kita di Palestine. Menceroboh dengan terlampau. Mereka inilah golongan terlampau yang disebutkan di dalam Al-Quran, di mana mereka digelar sebagai Bani Israil, dan lebih dikenali sebagai bangsa yahudi. Kebetulan, sambungan surah Al-baqarah benar-benar menceritakan mengenai Bani Israel terkutuk ini. Bacalah untuk mengenali mereka. Di artikel kali ini, ana akan menyampaikan tafsiran surah Al-Baqarah ayat 40-49.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

40. Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu,  dan penuhilah 'janjimu' kepadaKu, nescaya Aku penuhi janjiKu kepadamu; dan hanya kepadaKulah kamu harus takut (tunduk).

 *Janji Bani Israil kepada Allah ialah: bahawa mereka akan menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, serta beriman kepada rasul-rasulNya di antaranya Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana tersebut di dalam Taurat. Tetapi lihatlah kini, janji hanya tinggal janji. Janji kepada Allah juga mereka berani langgar, apatah lagi janji kepada sesama manusia? fikirkan...*


41. Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al-Quran) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatKu dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa.

*Lihatlah sudah berapa banyak ayat-ayat Allah yang mereka berani langgar dan permainkan. Mereka hinakan Al-Quran, dan kafir kepadanya. Mereka menghina Allah dengan meletakkan nama Allah di tapak kasut, jadi kepada siapakah mereka bertakwa? renungkan...*


42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang 'hak' itu sedangkan kamu mengetahui.

*Di antara yang mereka sembunyikan itu ialah: Allah akan mengutus seseorang Nabi dari keturunan Ismail yang akan membangun umat yang besar di belakang hari, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dan lihatlah juga sekarang, di mana globalisasi dan liberalism telah meracuni islam dengan keterbukaan terlampau yang mencampurkan antara hak dan bathil. Propaganda mereka telah menghancurkan kita semua. Sedarkah? Muasabahkan...*


43. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.

*Yang dimaksudkan ialah: solat berjemaah dan dapat pula diertikan, tunduklah kepada perintah-perintah Allah bersama-sama orang yang tunduk. Tetapi sahabat2... adakah ini yang mereka lakukan? Sesungguhnya, merekalah golongan yang paling hebat menentang perintah Allah dan sentiasa menghancurkan orang-orang yang tunduk kepadaNya. Bagaimana?*


44. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

*Ternyata golongan ini merupakan golongan munafik... berlagak baik, bersembunyi di sebalik topeng kebaikan dengan berpesan-pesan kepada kebaikan... sedangkan mereka inilah sekutu iblis dan syaitan...*


45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

*Adakah mereka meminta bantuan daripada Allah? Tidak... malah, mereka inilah yang termahsyur dengan penyembahan berhala, memuja iblis dan syaitan, dan perancang utama kemusnahan islam... mereka ini ternyata sahabat karib si dajjal. Penggerak perancangan dajjal dan iblis menyesatkan manusia.*


46. (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

*dan Bani Israil inilah juga yang mewujudkan golongan atheis, tidak percaya kepada Tuhan, tidak percaya pada hari kiamat. Maka... tidakkah kita nampak siapakah mereka ini?*


47. Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahawasanya Aku telah 'melebihkan' kamu atas segala umat.

*Allah telah memberi Bani Israil rahmat yang luas. Bani Israil dilebihkannya dari segala umat di mana nenek moyang mereka berada di masa Nabi Musa a.s.*


48. Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.

*Tapi sayang... peringatan ini lansung tidak diambil peduli oleh golongan Bani Israil ini. Mereka tidak takut kepada azab seksa di hari kiamat...*


49. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.

*Dan perintah ini juga terang-terangan dilanggar oleh Bani Israil. Kerosakan dan Bani Israil ibarat isi dengan kuku. Bani Israil ternyata golongan terlaknat... masyaAllah...*

(Al-Baqarah;40-49)


Marilah kita semua berdoa kepada Allah. Jadilah seorang muslim yang mukmin... janganlah sekadar muslim pada gelaran. Sesungguhnya... golongan terlaknat ini telah melanggar segala perintah Allah. Janganlah kita menjadi seperti mereka. Bertaubatlah selagi belum terlambat... Tidak lupa, mari kita berterusan berdoa untuk saudara2 kita di Palestine. Semoga mereka yang terkorban tergolong dalam mereka yang syahid. Sekian, wassalam...