Bismillahirrahmanirrahim...

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. ( Al-Baqarah;152)

Remember Me, and I will remember you. Be greatful to Me, and don't you ever deceived Me. (Al-Baqara;152)

Thursday, January 7, 2010

Permulaan kita :)

Assalamualaikum sahabat2...

Semasa ana membaca tafsiran surah Al-Baqarah, hati ana terdetik untuk menyampaikan ayat2 tersebut kepada sahabat. Tetapi, ana pilih mana yang betul2 menyentuh hati ana... kerana ana terfikir, jika ana menyampaikannya pada sahabat2... mungkin kalian juga terdetik hati untuk membaca sendiri tafsiran tersebut, sehingga semua surah dalam Al-Quran juga kalian baca. InsyaAllah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

1.Alif, Lam, Mim
2.Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa
3.(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4.dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab2) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat.
5.Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Dalam surah kedua selepas Al-Fatihah ini, pada permulaannya juga Allah telah menjelaskan kepada kita semua mengenai kebenaran Al-Quran. Sesungguhnya Allah sendiri menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk-Nya yang paling nyata dan yang benar kerana tiada keraguan lansung pada Al-Quran yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Tetapi apa yang menyentuh hati ana adalah bagaimana kita perlakukan Al-Quran pada zaman kini. Kita sekadar membaca, menghafaz, mengaji, tetapi sayangnya kita tidak memahami.

Dalam ayat-Nya yang ke3, Allah menyatakan dengan jelas orang yang bagaimana akan Dia berikan petunjuk. Bukanlah sukar untuk mendapat petunjuk Allah. Seperti yang dinyatakan, berimanlah pada yang ghaib, iaitu Allah dan segala ilmu Allah yang tidak kita ketahui rahsianya. Kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Memahami. Kita hanya perlu percaya, segala yang baik datangnya daripada Allah. Yang buruk itu datangnya kerana kita menjadi orang-orang yang zalim sehingga mengundang kemurkaan Allah. Usah mempersoalkan apa yang Allah tidak beritahu. Itu perkara sami'at. Allah itu Maha Berkuasa. Maha Besar, Maha Perkasa. Percayalah dan yakinlah Allah itu terjadi dengan sendiri, tiada sesiapa yang lebih tahu mengenai rahsia langit dan bumi melainkan Allah s.w.t...

Laksanakanlah solat... sesungguhnya, orang-orang yang melaksanakan solat itu adalah orang-orang yang menyedari kekuasaan Allah. Orang2 yg bersyukur kepada Allah. Kerana Allah itu Maha Pemurah. Kerana Allah itu Maha Pengasihani. Allah berikan kita macam2... tetapi Allah hanya meminta agar kita menyembah-Nya 5 kali sehari, semalam. Tidakkah kita ini orang2 yang angkuh, bongkak dan sombong? Kita masih bernyawa, bernafas, bertenaga. Milik siapakah itu semua? sudah tentunya milik Allah. Kita masih berjalan, berfikir, melihat dan bercakap. Kita diberikan makanan yg banyak sehari. Milik siapakah itu semua? Daripada siapakah itu semua? Tentunya daripada Allah... maka, mengapa kita begitu sukar untuk menemui Tuhan yg Satu, menyembah-Nya sebagai tanda kita mencintai-Nya? Malulah... kepada-Nya kerana menggunakan setiap apa yang Dia berikan, tetapi kita lansung tak berterima kasih atas setiap kurniaan yang Dia berikan... apabila kita tidak menunaikan solat.

Allah juga berpesan untuk menginfakkan rezeki yang Dia berikan. Ya... apalah salahnya berkongsi, menderma apa yang ada. Jangan kedekut...Sesungguhnya apa sahaja yang kita miliki adalah milik Allah. Mengapa kita perlu kedekut atas perkara2 yang pada asasnya milik Allah? Harta-benda yang asalnya dari bumi, diproses menjadi barang perhiasan, duit, makanan dan sebagainya. Semuanya datangnya dari bumi, langit dan lautan. Semuanya milik Allah. Jika mampu, berikanlah sebahagian kepada mereka yang memerlukan. Tetapi niatkanlah kerana Allah. Itulah yg terbaik. Jangan bongkak, jangan riak. Itu kufur... masyaallah...

Bacalah Al-Quran, fahami erti ayat-ayat-Nya, insyaAllah tidak akan lari dari jalan yang lurus. Bukanlah sukar untuk beriman kepada Al-Quran. Dengan memahami ayat-ayat yang diturunkan itu, insyaAllah... iman akan semakin kuat. Cinta pada-Nya semakin hebat. Nah, bukankah indah ayat-ayat Allah? Tidakkah terdetik di hati kita untuk terus mengerti ayat Al-Quran? Mendalaminya? Dengan mendalami ayat-ayat Allah, kita akan sentiasa dilimpahkan dengan petunjuk-Nya. Tidak mahukah kita tergolong dalam orang2 yang beruntung? Yang Allah lindungi kerana mencintai ayat-ayat-Nya. Mencintai ayat-ayat Allah bererti mencintai Allah. Jangan menidakkan ayat-ayat-Nya... nescaya Allah akan murka. Penjelasan itu juga ada di dalam Al-Quran... insyaAllah ana akan tuliskan dalam penulisan yang seterusnya.

Alhamdulillah, ada juga sahabat2 yang beruntung, diberikan rezeki oleh Allah untuk memahami bahasa arab. Maka bacaannya juga baik, pemahamannya juga baik. Tetapi ana terdetik hati untuk bertanyakan kepada mereka yang tidak memahami bahasa arab. Sampaikah ayat-ayat-Nya di hati jika kita tidak memahami erti ayat-ayat suci tersebut? Dan sejauh manakah kita sanggup berusaha untuk memahami erti, dan menghayati ayat-ayat, Kalamullah itu?

Bukanlah ana mencuba untuk menilai, jauh sekali menjatuhkan hukum. Tetapi persoalan itu jika difikirkan, jawablah sendiri. Tidak perlu diberitahu jawapannya kepada ana. Kerana ana menulis ini hanya untuk menyampaikan pendapat yang tulus ikhlas dari hati... juga sebagai peringatan kepada ana sendiri. Ilmu di dada jikalau sekadar seluas ibu jari, tiadalah layak diri ini untuk mempersoalkan sesiapa. Ana sekadar menyahut seruan untuk menyampaikan ilmu yang baik, kepada sahabat2... agar kita semua saling beringat. Makanya, tepuklah dada, tanya iman... jangan ditanya pada selera. Selera itu nafsu... nafsu itu senjata syaitan...

Moga kita bertemu lagi, doakan kesejahteraan ana. InsyaAllah... :)