Bismillahirrahmanirrahim...

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. ( Al-Baqarah;152)

Remember Me, and I will remember you. Be greatful to Me, and don't you ever deceived Me. (Al-Baqara;152)

Saturday, February 13, 2010

Kenapa kita perlu katakan tidak pada Valentine?

Assalamualaikum...
Sudah lama ana tidak menulis di sini. Bukanlah ana tidak aktif tetapi ana aktif di facebook. Jika rajin, sudi2kanlah menjenguk facebook ana di bahagian NOTES. Di sana, agak banyak juga entry keagamaan yg ana tulis. Hanya gayanya kurang formal. Jika sudi, jenguk2lah dan tinggalkan pendapat kalian... :)

Di sini ana terdetik untuk membicarakan tentang valentine. Persepsi ana tentang valentine yang diuar-uarkan sebagai hari kekasih. Sejujurnya, ana tidak berminat untuk mempunyai kekasih jadi hari kekasih pada ana tidak ada maknanya. Namun ana pasti bagi mereka yang memiliki kekasih hati yang dicintai, disayangi dan dikasihi... setiap kali hari kekasih, mungkin kalian merasakan hari ini merupakan hari yg cukup romantis untuk meluangkan masa bersama2 insan tercinta. Barangkali, ada juga yg menyambut ulangtahun 'couple' yang ke berapa entah... pasti ada pasangan yang begitu. Tidak perlu malu2 untuk mengaku...

Ana seorang yang berfikiran terbuka. Ya, ana terima globalisasi, liberalism. Valentine merupakan satu perayaan di seluruh dunia. Sama seperti Chinese New Year, Christmas, Deepavali, Aidilfitri, Aidiladha, etc2. Bagi org2 liberal, terima semuanya dengan rela tanpa banyak bicara. Terima saja semua perayaan ni, orang lain sambut... kita pun sambutlah. Untuk seronok2... ya... untuk seronok2... orang lain buat camtu, kita pun buatlah... ala seronok apa cuba apa yg orang lain cuba... kita dapat SERONOK... see? faham apa yg ana maksudkan?

Tapi, ana tidak mengamalkan globalisasi dan liberalism. Ana sekadar menerima, tetapi ana berfikiran terbuka untuk menyampaikan pendapat ana sendiri tentang globalisasi dan liberalism, dan ana tidak memaksa sesiapa untuk menerima pendapat ana. Semuanya terpulang pada diri kalian masing2... Ana tidak suka menjatuhkan hukum kerana ana lebih suka memahami sesuatu masalah terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. Ana mengkaji, dan ana tuliskan apa yg ana faham. Jika apa yg ana faham itu sampai pada kalian, terpulang juga pada kalian untuk menerima atau menolak. Berbeza dgn liberalism di mana semuanya diterima tanpa byk bicara... tiada pendirian.

Bagi sahabat2 yang mempunyai kekasih dan rasa rugi jika tidak mengambil peluang ini untuk menyambutnya bersama pasangan masing2.. ana tiada hak untuk menghalang. Iyalah, si dia mahu bertemu. Kekasih yang dirindu... Tetapi, satu saja soalan ana. Sudah bersediakan iman di dada untuk menepis godaan dan bisikan si syaitan dan si iblis tatkala meluangkan masa bersama2 kekasih tercinta pada hari Valentine di mana orang2 sekeliling kalian juga sedang mabuk cinta, mabuk asmara? Dari mata turun ke hati, itulah panahan syaitan yang tidak disedari oleh kita melainkan mereka yang takutkan Allah...

Tatkala dada bergolak, berdebar2 berjalan berpimpin tangan... mesranya terasa. Berpelukan... hangatnya asmara. Indahnya tawa si dia, comelnya cara dia makan, cantiknya baju yang dia pakai, merahnya bibir mekar bak delima, subhanallah... indahnya ciptaan Tuhan, etc2... itu semua bisikan syaitan. Bila semakin dekat dengan kekasih hati, terasa senang... syaitan pun kata... lagi, dekat lagi! Bila dah dekat, mulalah bersentuhan dan syaitan kata, lagi sentuh lagi! Kemudian tangan menjalar2... syaitan kata pulak, lagi, peluk lagi! lagi! lagi! lagi! Sedar tak sedar... besarnya dosa yang dikumpul dalam masa satu malam... Jadi, tanyakan pada diri. Takutkah diri ini pada Allah? Jika benar takut... pasti diri ini akan memelihara segala2nya daripada perlakuan yang sebegitu. Dan sahabat2... pergilah sambut hari kekasih jika sayangkan kekasih. Jika sayangkan Allah, nasihatlah kekasih untuk tidak menyambut hari kekasih... mudah bukan?

Ada juga sebahagian daripada sahabat2 ana, yang menentang keras mengenai sambutan hari kekasih. Kata mereka, hari Valentine merupakan hari kejatuhan empayar islam dalam perang salib. Ya, kebenarannya itulah... dan pada hari Valentine inilah, kristian berjaya memijak umat islam dan menjadikan umat islam tunduk dan kalah. Kesannya dapat dilihat sehingga hari ini... di mana umat islam kebanyakannya sudah terlupa bahawasanya, hari Valentine merupakan detik tumpasnya kita ditangan kristian dan mereka memutar belitkan hari Valentine menjadi hari kekasih... lalu berjuta2 pasangan kekasih yg beragama islam menyambut hari ini seolah2 meraikan kekalahan umat islam sendiri, dengan meluangkan masa bersama2 untuk melakukan maksiat. Iaitu perkara yang dibenci Allah...

Jadi persoalannya, mengapa perlu dipersoalkan lagi sama ada boleh atau tidak boleh menyambut hari Valentine untuk umat islam? Kerana jawapannya ialah tidak. Umat islam jika benar kamu islam, kamu beriman... maka janganlah kamu jadikan orang kafir sebagai pemimpin. Apa yg ana maksudkan dengan orang kafir sebagai pemimpin? Maksudnya apa saja yg orang kafir lakukan janganlah diikut... Orang2 kafir itu dijadikan terasa indah segala kesesatan mereka di dunia... jadi apa yang indah untuk orang kafir adalah satu perkara yang menyeksakan untuk orang islam yang beriman, yang takutkan Allah. Jadi hari Valentine itu merupakan hari sambutan yg diasaskan oleh orang2 kafir... jadi, fikirlah sendiri apa yang patut dilakukan.

Wahai sahabat... kita sedar di mana kita berpijak. Kita dapat melihat bagaimana mentaliti kita diubahsuai agar ia bersesuaian dengan dunia global. Dunia global yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Propaganda dunia tanpa sempadan menjadikan umat islam takut untuk berfikiran sempit walaupun sedikit. Hello... tidak salah berfikiran terbuka tetapi kita semua perlukan sempadan. Allah menciptakan sempadan antara bumi dan langit, maka itulah kekuasaan Allah yg dapat dilihat oleh orang2 yang berakal.

Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita manusia. Rahsia langit hanya Allah yang tahu... di setiap lapisan langit hanya Allah yang tahu. Allah lebih tahu tahap kebolehan akal manusia kerana itu manusia tidak boleh mempersoalkan apa yang Allah tidak ajarkan. Jika Allah ciptakan sempadan untuk manusia, mengapa manusia mahukan sebuah dunia yang tanpa sempadan? Jangan diubah apa yang Allah ajarkan... kerana itu hanya akan menjadikan kita berada dalam golongan orang-orang yang melampaui batasan..

Maka, kenapa kita perlu katakan tidak pada Valentine? kerana... apakah kebaikan yang Valentine bawa pada kita selain daripada dosa? tidak takutkah kita pada Allah? fikir2kanlah... :)