Bismillahirrahmanirrahim...

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. ( Al-Baqarah;152)

Remember Me, and I will remember you. Be greatful to Me, and don't you ever deceived Me. (Al-Baqara;152)

Monday, March 8, 2010

Kau dan Aku

Assalamualaikum sahabat2...

Tafsiran surah Al-baqarah masih lagi dlm perjalanannya. Memikirkan tentang kita manusia, menjelaskan tentang segala hidupan yang ada di muka bumi ini. Ana sekadar ingin mengajak sahabat2 berfikir pula kali ini. Tentang kita... "Kau dan aku" dalam ayat 34-39 sambungan daripada tafsiran sebelum ini. :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat :"Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

35. Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.

36. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman:"Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan".

37. Kemudian Adam menerima beberapa kalimat daripada Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

38. Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tiadak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

39. Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

(Al-baqarah; 34-39)

Di sini, ana mahu tekankan pada ayat 36 dan ayat 38. Menjurus pada tajuk "Kau dan Aku"...

Dalam ayat 36; Allah berfirman, setelah nabi Adam dan isteri baginda Hawa diturunkan ke bumi, jelas dinyatakan bahawasanya sebahagian daripada keturunan Adam akan bermusuh antara satu sama lain. Dan, Allah berikan kita tempat untuk berlindung dan tinggal di muka bumi ini sehingga tiba masanya yang ditentukan iaitu kiamat. Sementara dalam ayat 38; Allah menjelaskan bagaimana Dia akan memberikan petunjuk kepada hambanya dan jika kita bersedia mengikut dan sentiasa taat pada petunjuk2 yang Dia berikan, maka syurgalah tempat kita. Jelas, Allah telah memberikan petunjuk yang nyata untuk kita semua iaitu Al-quran dan As-sunnah. Berpegang pada kedua-dua petunjuk yang nyata inilah, kita berada di jalan yang benar dan lurus. InsyaAllah... :)

Allah berfirman, hamba2Nya ini akan bermusuh antara satu sama lain... ya, kau musuh aku dan aku musuh kamu. Seperti apa yang berlaku pada masa kini. Sedang sesama saudara juga bermusuhan. Berada dalam peperangan, tidak kira di bumi mana berpijak... terlupa darah keturunan Adam lah yang mengalir dalam diri... sehingga terlupa masing2 juga hambaNya... lalu meletakkan jurang perbezaan status dan darjat. Sedangkan diri tidaklah berkuasa di bumi ini, jika bukan dengan izinNya.

Orang2 yang menzalimi antara satu sama lain, menzalimi diri sendiri, tidak mahu menerima petunjukNya, lalu Allah janjikan neraka... seperti dalam ayat 39. kerana mereka ini adalah mereka yang tergolong dalam orang2 yang kafir... sepertimana si Iblis mengingkari perintah Allah lalu Allah hukum dengan menjadikan si Iblis sesat buat selamanya. Atas sifat2nya yang riak, takbur dan sombong kepada Penciptanya sendiri. Nyahlah kau Iblis dari syurga, menjadi musuh nabi Adam dan keturunannya. Lalu si Iblis yang berdendam meletakkan peperangan dengan kita, menjanjikan kesesatan pada mereka yang turut sama bersifat riak, takbur dan sombong. Yang pasti akan terlupa siapa BERKUASA... kerana terlalai dan terleka dengan dunia. Astargfirullah...

Namun ada juga antara kita yang berkasih-sayang. Yang masih mengeratkan perpaduan. Yang menerima petunjuk yang Dia berikan, yang mentaati perintahNya... yang menjaga sillaturrahim, persaudaraan. Alhamdulillah... ana bersyukur. Kerana walau ke mana ana pergi, atas belas kasihanNya ana sentiasa ditemukan dengan mereka yang bersifat merendah diri, yang turut sama mencintai Sang Pencipta yang ana cintai. Yang menyayangi ana kerana Allah, dan ana bersyukur. Tidaklah diri ini mahu meminta lebih daripada ini. Kasih sayang inilah kasih sayang yang terindah... persaudaraan sesama islam yang tulus. Yang diredhai... Maha Suci Allah... Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah. Tuhan semesta Alam... yang mendiami arsy... di puncak tertinggi langit.

Kau dan aku... bersyukurlah kita kerana ditemukan dalam limpahan kasih-sayangNya... Alhamdulillah. Sesungguhnya, tiada yang lebih agung selain Dia. Ya Allah, teruslah berkati kami... hambaMu yang ketakutan dalam dunia di akhir zaman yang penuh dengan kesesatan ini... Tidaklah kami layak ke syurgaMu, dan kami benar2 takut untuk ke nerakaMu. Maka Ya Allah... kasihanilah kami, hambaMu ini yang tiada daya melainkan dengan kekuatan yang Kau berikan. Kerana sesungguhnya Ya Allah... daripadaMu lah kami datang, dan kepadaMu lah kami dikembalikan... (AMIN)

p/s: sebak dada bila fikir ketidaksempurnaan diri... sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna sifatNya. Maka tiada salah menjadikan Dia nombor 1 dalam hati. Marilah sahabat2... :')