Bismillahirrahmanirrahim...

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. ( Al-Baqarah;152)

Remember Me, and I will remember you. Be greatful to Me, and don't you ever deceived Me. (Al-Baqara;152)

Thursday, March 4, 2010

Terlupa pada janji... :(

Assalamualaikum sahabat2...

Alhamdulillah ana dipanjangkan usia untuk terus menulis di sini. Pagi ini, ana tiba2 terdetik hati untuk meneruskan bacaan tafsiran. Iya, ana rasa kesibukan ana telah menyebabkan ana terlambat untuk berterusan menghabiskan tafsiran. Masih lagi ana ingin meneruskan tafsiran surah Al-baqarah. Surah ini benar2 penuh dengan pengajaran. Malah, setiap ayatnya menyebabkan dada ana kembang kuncup pabila membaca bagaimana hebatnya kuasa Allah.

Baru2 ini, ana diberikan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah... teramat bersyukur dengan segala apa yang Dia berikan. Namun, apabila hati ini semakin gembira dengan rezeki yang diberikanNya, semakin gusar pula terasa. Bimbang terlupa diri, terlalu berseronok, terlalai dan terleka. Cukup takut jika berlaku perkara demikian... dan ada juga berlaku baru2 ini. Jadi ana bersedih dengan kelalaian ana sendiri.

Jadi, diingatkan pada sahabat2... marilah kita sama2 berterusan muasabah diri. Jangan terleka, terlupa diri. Seperti ana... astarghfirullah... hanya itu yang mampu ana ucapkan, dan ana harap ana tidak lagi terleka dengan kesibukan dunia baru. Iya... itulah dia manusia, an-nas... di mana sifatnya pelupa. Mudah melupakan. Perlu sentiasa diingatkan. Kerana itulah kita menjadi khalifah, dan kita mempunyai antara satu sama lain. Iaitu untuk saling mengingatkan...

Bercakap pasal khalifah. Iya... khalifah itu kita. Allah ciptakan kita untuk sesuatu. Dan apakah sesuatu itu? Mungkin jawapannya ada di tafsiran surah ini, surah Al-Baqarah ayat 30-33...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".Mereka berkata:"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

31.Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama2 (benda2) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!"

32.Mereka menjawab:"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

33.Allah berfirman:"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman:"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"

(Al-Baqarah;30-33)

Dalam tafsiran ayat ke 30 itu, jelas... kita manusia jika diletakkan di muka bumi ini hanya akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Namun, Allah itu Maha Mengetahui dan hanya Dia yang mengetahui mengapa kita berada di sini... sementara menunggu hari kiamat.

Jadi, ana berterusan berfikir. Maksud keempat-empat ayat ini ana cuba fahami lalu tiba2 ana mendapat ilham. Alhamdulillah... ana akhirnya faham. Allah berfirman di situ, Dia Mengetahui apa yang kita tidak ketahui, dan Dia ajarkan kepada kita apa yang dia mahu ajarkan. Jadi, di sini... malaikat berkata an-nas;manusia hanya akan melakukan kerosakan di muka bumi dan pertumpahan darah. Tetapi Allah pula menciptakan kita sebagai khalifah. Pastilah apa yang Allah ketahui itu hanya diketahui olehNya. Jadi, apa yg ana pasti... kita wujud di bumi ini untuk menyahut seruanNya. Menimba ilmuNya, dan yang penting sekali, menyembahNya.

Sungguhpun kita khalifah di muka bumi, kita sebenarnya hambaNya. Jadi, pastilah kita diletakkan di bumi ini, untuk menjadi hambaNya. Allah tidak ciptakan kita untuk melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Lalu Allah ajarkan kita perkara2 baik, amalan2 baik. Allah tidak mengajar kita bagaimana untuk mendapat dosa. Sebaliknya segala apa yang Allah ajarkan semuanya cara untuk mendapat pahala, dan peringatan agar menjauhi dosa. Maha Suci Allah..

MAKA, JIKA KITA BENAR2 KHALIFAH... pastilah kita menggunakan kurniaan Allah pada kita iaitu akal. Allah berikan akal kepada kita, lalu Allah ajarkan kita sesuatu perkara, maka itu adalah petanda Kebesaran Allah bagi orang2 yang berfikir. JIKA BENAR KITA KHALIFAH ALLAH... JANGANLAH KITA TERLUPA PADA JANJI... :'(

p/s:peringatan untuk diri sendiri juga.